Wednesday, April 4, 2018

PANDUAN UNTUK MEREKA YANG INGIN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA



1. Perkahwinan merupakan permulaan satu perjalanan yang penuh berliku dan beronak duri. Tiada istilah ".. and they will live happily ever after". Itu semua dongengan sahaja.

2. Tiga tahun pertama merupakan tempoh paling sukar dalam sebuah perkahwinan. Semua sifat negatif pasangan mula terlihat ketika ini. Jadi jangan letakkan harapan sebelum berkahwin bahawa pasangan kita  perfect. Reserve untuk menghadapi keadaan keadaan yang tidak terduga.

3. Bila berkahwin kita juga berkahwin dengan keluarganya, jadi jangan merasa rimas atau bosan bila ada saudara mara yang bertandang ataupun tinggal bersama anda. Kadang-kadang hujung minggu kita pun digangu dengan aktiviti keluarga pasangan. Kalau masa bujang kita dapat balik kampung rumah ibu bapa sendiri seminggu sekali, selepas berkahwin mungkin sebulan sekali.

4. Bagi yang perempuan harus diingat tanggungjawab suami terhadap keluarganya masih besar. Suami bukan hakmilik anda seorang sahaja. Duit suami juga harus dilaburkan kepada ibunya juga. Ingat lelaki yang mengabaikan ibunya selepas berkahwin bukanlah lelaki yang baik. Sesekali ingatkan suami untuk memberi belanja kepada ibunya mahupun menelefon ibunya.

5. Bagi perempuan, tanggungjawab membayar rumah, barang dapur dan keluarga bukan lagi tanggungjawab anda. Tapi ini tidak bermakna anda boleh bergoyang kaki sahaja. Tanggungjawab anda menguruskan keluatga akan jauh lebih berat terutama jika sudah mempunyai anak-anak nanti.

6. Anda kena redho melakukan perkara yang tidak disukai. Contohnya suami suka channel axn tapi anda suka menonton astro ria, jadi redholah bila anda kena sama-sama menonton axn.

7. Romantis bukan lagi diukur dengan pemberian bunga. Jika anda sering mendapat hadiah atau bunga sebelum berkahwin, mungkin anda tidak mendapatnya lagi setelah anda berkahwin. Berpijak di bumi yang nyata. Banyak kepwlrrluan yang perlu dibayar dan memberi bunga atau hadiah bukan lagi keutamaan

8. Anda tidak akan merasakan lagi renjatan elektrik apabila berpimpin tangan. Tu biasa.. jangan jadikan kasih sayang anda pudar kerananya.




EmoticonEmoticon