Thursday, July 26, 2018
Wednesday, May 16, 2018
PANDUAN PENGGUNAAN UBATAN YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA
Penggunaan ubatan yang tidak membatalkan puasa
1. Ubat titis mata, telinga, dan hidung
2. Semua bentuk suntikan
3. Ubat sembur hidung (dengan syarat tidak disedut)
4. Ubat sapuan (krim atau salap) dan plaster
5. Ubat bius setempat atau separuh
6. Tablet sublingual (dengan syarat diletakkan betul-betul di bawah lidah dan tidak ditelan)
7. Ubat kumur
Saturday, April 7, 2018
TIPS EPAL TIDAK LEBAM WALAUPUN DIPOTONG
Epal akan mengalami pengoksidaan jika dibiarkan selepas dibelah. Semakin lama dibiarkan, bahagian isi epal ini akan menjadi semakin hitam.
CARA MEMASTIKAN ISI EPAL KEKAL SEGAR
Belah epal yang ingin diuji
Hiriskan limau nipis dan perahkan limau pada permukaan isi epal tersebut
Biarkan sehingga 2 hari
Epal akan kekal segar
Cubalah
CARA MEMASTIKAN ISI EPAL KEKAL SEGAR
Belah epal yang ingin diuji
Hiriskan limau nipis dan perahkan limau pada permukaan isi epal tersebut
Biarkan sehingga 2 hari
Epal akan kekal segar
Cubalah
Wednesday, April 4, 2018
PANDUAN UNTUK MEREKA YANG INGIN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA
1. Perkahwinan merupakan permulaan satu perjalanan yang penuh berliku dan beronak duri. Tiada istilah ".. and they will live happily ever after". Itu semua dongengan sahaja.
2. Tiga tahun pertama merupakan tempoh paling sukar dalam sebuah perkahwinan. Semua sifat negatif pasangan mula terlihat ketika ini. Jadi jangan letakkan harapan sebelum berkahwin bahawa pasangan kita perfect. Reserve untuk menghadapi keadaan keadaan yang tidak terduga.
3. Bila berkahwin kita juga berkahwin dengan keluarganya, jadi jangan merasa rimas atau bosan bila ada saudara mara yang bertandang ataupun tinggal bersama anda. Kadang-kadang hujung minggu kita pun digangu dengan aktiviti keluarga pasangan. Kalau masa bujang kita dapat balik kampung rumah ibu bapa sendiri seminggu sekali, selepas berkahwin mungkin sebulan sekali.
4. Bagi yang perempuan harus diingat tanggungjawab suami terhadap keluarganya masih besar. Suami bukan hakmilik anda seorang sahaja. Duit suami juga harus dilaburkan kepada ibunya juga. Ingat lelaki yang mengabaikan ibunya selepas berkahwin bukanlah lelaki yang baik. Sesekali ingatkan suami untuk memberi belanja kepada ibunya mahupun menelefon ibunya.
5. Bagi perempuan, tanggungjawab membayar rumah, barang dapur dan keluarga bukan lagi tanggungjawab anda. Tapi ini tidak bermakna anda boleh bergoyang kaki sahaja. Tanggungjawab anda menguruskan keluatga akan jauh lebih berat terutama jika sudah mempunyai anak-anak nanti.
6. Anda kena redho melakukan perkara yang tidak disukai. Contohnya suami suka channel axn tapi anda suka menonton astro ria, jadi redholah bila anda kena sama-sama menonton axn.
7. Romantis bukan lagi diukur dengan pemberian bunga. Jika anda sering mendapat hadiah atau bunga sebelum berkahwin, mungkin anda tidak mendapatnya lagi setelah anda berkahwin. Berpijak di bumi yang nyata. Banyak kepwlrrluan yang perlu dibayar dan memberi bunga atau hadiah bukan lagi keutamaan
8. Anda tidak akan merasakan lagi renjatan elektrik apabila berpimpin tangan. Tu biasa.. jangan jadikan kasih sayang anda pudar kerananya.
Sunday, March 25, 2018
TIPS DI DAPUR RAMAI ORANG YANG TIDAK TAHU
TIPS NO 1
Jika anda ingin merebus kekacang atau kentang, janga. tambah garam. Garam akan menjadikan kulit kekacang atau kentang mudah mengelupas serta akan menyebabkan kekacang atau kentang menjadi hancur.
TIPS NO 2
Jika anda membeli sayur-sayuran dengan kuantiti yang banyak jangan ianya dibiarkan lembik dan rosak di ruangan sayuran di dalam peti sejuk anda. Bersih dan potongkan sayuran tersebut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Setelah itu simpan di dalam penyejukbeku. Boleh gunakan bila diperlukan. Nutrien pada sayuran juga tidak hilang!
TIPS NO 3
Gunakan sudu sukatan yang kecil dalam menyukat minyak, garam dan gula. Ini akan membantu kita menyukat dengam betul dan mengelakkan daripada terlebih sukatan.
TIPS NO.4
Cili hijau lebih tahan lama jika dibuang tangkainya terlebih dahulu.
TIPS NO.5
Serbuk roti mudah di buat di rumah. Bakar roti di dalam oven dan kisarkan dengan mesin pengisar!
SELAMAT MENCUBA!
Saturday, March 17, 2018
TIPS HILANGKAN KESAN KARI, KICAP DAN SOS PADA PAKAIAN PALING MUDAH DAN CEPAT
Semasa mama bersekolah menengah di asrama, antara cabaran yang mama lalui ialah terkena kesan kuah kari atau lauk pauk pada pakaian putih atau tudung...
Biasanya ianya berlaku apabila pelajar beratur mengambil makanan di dewan selera. Haaa kalau dah ramai-ramai tu apa lagi? pasti ada adegan terkena tray berisi lauk orang lain pada pakaian.
Haaa ada seorang kawan kongsikan cara ini. Sehingga sekarang mama masih menggunakan cara ini dalam membersihkan pakaian daripada kesan kuah lauk pauk ini.. ianya cepat, mudah dan efektif dalam menghilangkan kesan kotoran kuah seperti kari, kicap ataupun sos.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah
1. Sabun mandi buku
2. Bedak powder apa-apa jenama
Cara-caranya
Sapukan sabun mandi berbuku pada tompokkan kotoran. Selepas itu taburkan bedak di atas permukaan sabun yang di sapu tadi. Basahkan dan sental...
Memang gabungan 2 bahan ini sangat efisyen menghilangkan kotoran tadi.
Selamat mencuba
Subscribe to:
Posts (Atom)