Saturday, March 17, 2018

TIPS HILANGKAN KESAN KARI, KICAP DAN SOS PADA PAKAIAN PALING MUDAH DAN CEPAT



Semasa mama bersekolah menengah di asrama, antara cabaran yang mama lalui ialah terkena kesan kuah kari atau lauk pauk pada pakaian putih atau tudung...

Biasanya ianya berlaku apabila pelajar beratur mengambil makanan di dewan selera. Haaa kalau dah ramai-ramai tu apa lagi? pasti ada adegan terkena tray berisi lauk orang lain pada pakaian.

Haaa ada seorang kawan kongsikan cara ini. Sehingga sekarang mama masih menggunakan cara ini dalam membersihkan pakaian daripada kesan kuah lauk pauk ini.. ianya cepat, mudah dan efektif dalam menghilangkan kesan kotoran kuah seperti kari, kicap ataupun sos.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah

1. Sabun mandi buku
2. Bedak powder apa-apa jenama

Cara-caranya

Sapukan sabun mandi berbuku pada tompokkan kotoran. Selepas itu taburkan bedak di atas permukaan sabun yang di sapu tadi. Basahkan dan sental...

Memang gabungan 2 bahan ini sangat efisyen menghilangkan kotoran tadi.

Selamat mencuba


EmoticonEmoticon