Sunday, March 4, 2018

TIPS MEMASAK YANG CEPAT



Kali ini mama ingin kongsikan cara menyediakan makanan yang paling mudah dan cepat. Hanya perlukan 3 kali sahaja masak seminggu! tapi boleh makan hari-hari! Apa rahsianya ya?

Iyela memang kita tidak dikurniakan sifat kerajinan setiap hari.. Macammana rajinnya kita mesti ada hari tu kita jadi malas. Nak beli kadang-kadang membazir sahaja sebab kualiti makanan kedai tu macam hampeh je.

Mama nak kongsikan macammana ya

a) MASAK 3 MEAL BILA HARI RAJIN

Bila kena waktu anda rajin nak masak yang complicated, silalah masak 3kali ganda... contohnya anda nak masak ayam kari, satu meal keluarga anda 6 ketul. so masaklah 18 ketul ayam masak kari... 1 meal bole dihidangkan dan lagi 2 meal sejukbekukan untuk hari lain. Supaya apa? pada hari lain anda boleh jimatkan masa di dapur... cuma panaskan sahaja dan makan dengan nasi panas!

Boleh ulangi dengan hari rajin yang lain contoh anda ingin masak sambal udang... masaklah sebanyak 3kali ganda...1 meal untuk di makan dan 2 meal untuk disejuk bekukan

Cukup ada 3 hari rajin anda dah ada 3 menu berbeza di dalam peti ais!

b) PANASKAN SAHAJA LAUK SEJUKBEKU BILA HARI LAIN

Jimatkan masa anda di hari lain dengan menikmati makanan sejukbeku sahaja... anda berhak berehat atau bermain dengan anak-anak atau bersantai.

SELAMAT MENCUBA!






EmoticonEmoticon