Sunday, March 11, 2018

PETUA UBATI BATUK TANPA UBAT BATUK

Tags



Bagi mama, ubat batuk merupakan ubat yang paling mama cuba hindari jika mengalami batuk. Alhamdulillah petua yang mama kongsikan ini memang betul-betul mujarab untuk family mama termasuk diri mama, suami dan anak-anak.

Mama akan kongsikan beberapa cara untuk mengubati batuk. Biasanya mama akan pusing-pusing gunakan petua ini. Jika cara yang pertama tak menjadi, mama akan gunakan cara yang kedua. Begitu juga kalau cara yang kedua tak menjadi, mama akan gunakan cara yang ketiga. Biasanya ada cara-cara ini yang serasi dengan anak-anak.

Mengapa mama suka menggunakan petua-petua ini? sebabnya dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi ini kita boleh mengulangi pengambilan sekerap yang mungkin. Bergantung kepada kekerapan batuk berulang...

Nak pakai petua ni mestilah bersama dengan pengambilan air masak yang banyak dan kerap serta mengurangkan sebanyak mungkin pengambilan gula!

PETUA MENGUBATI BATUK CARA 1

minum madu sahaja... bila trigger batuk atau tekak gatal minum setengah sudu madu secara perlahan-lahan dan lalukan pada tekak dengan perlahan.

Kadang-kadang dengan menggunakan petua ini, batuk akan segera hilang. Tapi jangan lupa minum air yang banyak juga!

PETUA MENGUBATI BATUK CARA 2

Campurkan satu sudu madu dengan 3 titik cuka epal. Diambil ketika trigger batuk atau ketika tekak gatal

Minum air masak yang banyak dan kerap juga amat membantu kejayaan petua ini.

PETUA MENGUBATI BATUK CARA 3

Ambil 7 biji habatussauda... gigit habatussauda dan minum dengan air masak. Sesudah itu ambil setengah sudu madu dan lalukan dengan perlahan pada tekak.

PETUA MENGUBATI BATUK CARA 4

Tumbukkan seinci halia dan masukkan ke dalam suku cawan air suam. Perahkan sebiji limau dan campurkan setengah sudu madu.

Minum ketika trigger batuk ataupun sebelum tidur.

PETUA MENGUBATI BATUK CARA 5

Larutkan setengah camca garam ke dalam suku cawan air suam. Gargle/ kumur garam tersebut ada tekak.  Sebaik-baiknya dibuat selepas makan atau sebelum ttidur

Ok itu petua yang mama dapat kongsikan untuk manafaat semua. Selamat mencuba!!

Jika anda pernah menggunakan petua ini dan berkesan dalam mengubati batuk, bolehlah berkongsi diruangan komen




EmoticonEmoticon