Menu berpantang sebenarnya tidaklah susah kerana apa saja masakan boleh dijadikan menu berpantang. Bezanya dalam setiap hidangan mestilah dilebihkan bahan seperti halia, kunyit, bawang putih. Jika ada asam dan halba lagilah bagus.
Hari ini Mama ingin berkongsi satu resepi yang amat lengkap kaya dengan perencah-perencah yang diperlukan untuk berpantang.
iaitu resepi:
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM HALBA CAMPUR
Bahan-bahan
3 hiris ikan tenggiri bersaiz besar - digoreng setengah masak
5 ulas bawang kecil dihiris nipis
5 ulas bawang putih dihiris nipis
3 inci halia dipotong memanjang dan halus
3 inci kunyit dipotong memanjang dan halus
1 camca kecil halba campur ditumbuk halus
Sedikit serbuk kunyit
Asam jawa anggaran setengah genggam dijadikan air
*halba campur ni boleh didapati di kedai rempah orang india
Sumber: Google |
Cara-cara memasak:
Tumis bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit, halba campur dengan minyak yang sangat sedikit,
sehingga naik baunya.
Masukkan air asam jawa sehingga menggelegak
Masukkan secubit serbuk kunyit
Masukkan Ikan tenggiri
Kecilkan api sehingga kuah pekat
Peringatan: Asam jawa mengandungi kandungan garam yang tinggi, rasa dahulu kuah sebelum masukkan garam. Kalau anda telah puashati dengan kemasinanya tak perlu tambah garam.
EmoticonEmoticon