Ketika mama melahirkan anak ke-3 (sekarang anak mama dah 6 orang) Anak pertama dan kedua baru berusia 4 dan 2 tahun. Suami pula kerja yang memang jenis susah nak cuti. Anak yang ada pun kena diuruskan dari mandi, makan dan kerenahnya. Tu belum lagi nak jaga bayi dan diri sendiri! Mama pula taknaklah panggil orang tua jaga mama sebab mereka tak berapa sihat. Nak upah confinement lady pula tak mampu.
So mama kena mainkan peranan menghadapi tempoh perpantang agar dapat berpantang dgn jayanya di samping menguruskan keluarga!
Tidak semua orang yang hendak melahirkan dikurniakan pembantu untuk membantu mereka selepas bersalin.
Berpantang sendiri mempunyai cabarannya yang tersendiri. Bagi mama yang sudah 4 kali berpantang sendiri, ianya sebenarnya tidak susah asalkan kita berfikiran terbuka, positif dan perancangan yang teratur.
Mama kongsikan tips berpantang sendiri yang boleh dijadikan panduan
1. BUAT LAUK FROZEN UNTUK BERPANTANG
Buat bekalan yang mencukupi sehingga 2 minggu. Antara menu yang mama frozenkan ialah ikan tenggiri masak asam, kari ayam ala berpantang (lebihkan kunyit, tambah halba campur, lebihkan halia), ikan kerisi masak kicap ala berpantang (lebihkan kunyit, tambah halba campur, lebihkan halia),
Bila tiba hari berpantang anda cuma perlu panaskan lauk-lauk ini dan kalau nak tambah cuma perlu masak sayur rebus dan goreng telur)
Sattle dah hal masak-memasak
2. BERTUNGKU KETIKA BEREHAT
Bertungku memerlukan komitmen yang dan masa yang panjang. Lagi bagus sehingga 1 jam. So oleh kerana anda juga perlu menguruskan keluarga, berpantang dan berehat secukupnya, maka bertungku akan menjadi acara yang sukar dilaksanakan.
Mama dapat melaksanakan aktiviti bertungku ketika berehat. Kalau ketika ada orang menjaga ketika berpantang mama bertungku selepas mandi sahaja, dengan berpantang sendiri mama akan bertungku ketika berehat bersama bayi. Contohnya selepas menyusukan bayi dan bayi tidur time tu mama pu. berehat sambih menyapu kaki dan perut degan minyak panas. Sesudah itu mama pun mengurut-urut seluru badan denga batu tungku yang dipanaskan. Dapat setengah jam pun dah kira bagus. 2-3 kali sehari dah kira berjaya dah mejalankan aktiviti bertungku dengan jayanya!
3. MANDI SEAWAL SELEPAS SUBUH DAN SELEPAS ASAR
Bagi mama diri sendiri harus terurus sebelum menguruskan orang lain. Jadi selepas subuh biasanya bayi dan anak-anak lain tidur nyenyak.. so time tulah mama mandi,pakai bengkung dan berpilis, sarapan. Nanti bila semua dah sattle bolehlah mandikan bayi dan anak-anak yang lain
Begitulah untuk mandi malam, mama akan mandi seawal selepas asar agar bila masuk waktu maghrib segalanya dah selesai. So mama bolehlah tidur awal. Iyelah malam belum tentu dapat lena sepenuhnya dek melayan kerenah bayi.
4. HAL MENGEMAS RUMAH
Untuk 3-4 hari selepas bersalin abaikan dahulu kekemasan rumah. Kalau tak tahan sangat dengan rumah besepah kemas dan bersihkan sahaja tempat anda berehat dan kawasan laluan anda. Dalam anggaran seminggu bolehlah anda pegang penyapu kemas rumah skit-sikit. Walaupun anda rasa kuat, jangan dilasakkan aktiviti fizikal. Sebab ketika itu anda berada dalam mode darah kutang. Bila-bila masa sahaja anda boleh merasa pening atau pitam!
5. JANGAN ABAIKAN PENGAMBILAN VITAMIN
Vitamin biasanya dibekalkan oleh pihak hospital sebelum anda keluar dari hospital selepas bersalin. Vitamin ini biasanya sama dengan vitamin sepanjang anda mengandung, jadi makanlah semia vitamin yersebut sehingga habis. Jika ada lebihan semasa
mengandung ada lagi, jangan membazir!
6. JANGAN ABAIKAN REHAT YANG MENCUKUPI
Utamakan rehat yang mencukupi walaupun anda harus menguruskan keluarga, bayi dan diri sendiri.
Jika rehat tak mencukupi anda mudah menjadi lelah, pening dan pelbagai masalah kesihatan lain akan timbul. Anda akan menjadi stress! dan jika ini berlaku semuanya akan menjadi kelam kabut
Alhamdulillah inilah cara mama buat selepas 4 kali
Pantang sendiri, tanpa stress, berpantang betul, jaga makan, rest cukup dan anak-anak terjaga!!!
Cubalah! Semoga puan-puan dapat menghadapi proses berpantang sendiri dengan jayanya
EmoticonEmoticon