Bekas plastik merupakan satu bekas yang popular digunakan di dapur. Kebanyakkan suri akan menggunakan semula bekas-bekas tersebut untuk kegunaan lain. Namun sesetengah makanan akan meninggalkan bau walaupun sudah dicuci bersih.
"Saya membuang sahaja bekas yang tidak hilang baunya" Puan M
" Pelbagai cara telah dicuba untuk membuang bau bekas simpan durian ini" Cik S
Nah saya kongsikan cara menghilangkan bau bekas plastik supaya anda tidak lagi membuang atau mencuci berkali-kali bekas tersebut
SODA BIKARBONAT
Isi bekas plastik dengan air suam. Masukkan soda bikarbonat dan biarkan semalaman. Bilas dan cuci bekas seperti biasa
CUKA
Caranya ialah dengan mengisi bekas plastik dengan cuka dan air sejuk.
Biarkan selama 3 hingga 5 jam.
Ulangi langkah ini beberapa kali jika bau masih ada.
ARANG
Hanya isikan arang ke dalam bekas platik dan tutup. Biakan 1-2 hari untuk arang menyerap segala bauan
CAHAYA MATAHARI
Yang terakhir ini paling mudah! hanya biarkan bekas plastik di bawah sinaran cahaya matahari seharian untuk membolehkan segala bauan keluar dari bekas!
SELAMAT MENCUBA!!!
EmoticonEmoticon