Sunday, November 5, 2017

PERSEDIAAN BERPANTANG SENDIRI



PERSEDIAAN BERPANTANG SENDIRI

Biasanya mereka yang pernah mempunyai pengalaman berpantang, mereka lebih memilih untuk berpantang sendiri. Lebih-lebih lagi bagi yang tinggal jauh daripada keluarga

Berpantang sangat penting dilakukan untuk menjaga kesihatan dalaman selepas bersalin. Setiap ibu seharusnya kena ada sebab kenapa kita pakai sesuatu ubat-ubatan semasa berpantang. Tak perlu pakai set yang mahal-mahal. Ikut keperluan sendiri.

Saya sendiri pernah membeli set bersalin bernilai ratusan ringgit tapi hasilnya (kesan pada badan) jauh lebih buruk daripada produk yang saya pakai secara jimat. Tambahan lagi ada pula produk dalam set tersebut yang tak pakai.

Saya kongsikan beberapa keperluan bersalin secara jimat, best dan puas hati. Seriously!! Pergi ke mana-mana kedai yang ada jual minyak dan jamu. semuanya boleh di dapati di sini!

PERTAMA: JAMU

JAMU amat penting supaya luka dalaman cepat kering, rahim cepat kecut dan memberi tenaga. 1 hingga 2 minggu selepas bersalin biasanya jamu tak digalakkan diambil. Sebab susu badan mula nak keluar. Baby perlukan susu dengan banyak kerana mereka terdedah kepada kuning. Jadi hindari jamu ketika ini. Macam saya biasanya saya mula makan jamu selepas minggu kedua! jadi saya beli jamu yang mempunyai 30 biji sahaja. consume untuk 1 bulan sahaja sebab saya bukan pemakan jamu! Beli apa-apa jenama
KOSNYA SEKITAR RM20-30

KEDUA: TEPEL

Saya paling suka pakai tepel. Tepel ni boleh hilangkan pening dan darah naik kepala kata orang tua. Tepel ni perlu dibancuh dan dipakai didahi. Sejukkk rasanya. Untuk sebulan biasanya cukup ambil 5 pek kecil jemana air mancur.
KOSNYA SEKITAR RM10

KETIGA: MINYAK PANAS

Minyak panas gunanya untuk sapu di kaki dan tangan sebelum pakai stokin. Biasanya saya pakai Minyak Afiat.
KOSNYA SEKITAR RM4.50
KEEMPAT: LIMAU DAN KAPUR
Sapukan kapur di atas perut dan picitkan limau di atas kapur. Rasanya panas. Biasanya saya pakai sebelum pakai bengkung.
KOSNYA SEKITAR RM5

KELIMA: BENGKUNG

Saya suka berbengkung sepanjang tempoh berpantang. Boleh slimkan perut buncit. Bengkung paling best ialah bengkung bertali. Yang ini tak kisah apa-apa jenama
KOSNYA SEKITAR RM50-100

KEENAM: TUNGKU

Sila elakkan tungku herba, ramai kata bagus tapi pada saya tak meet the purpose. Selain ringan dan kurang panas, saya tak rasa wap herba tu boleh serap masuk dalam perut. Beli tungku elektrik yang ada air dalamya tu, ianya berat dan tempoh panasnya agak lama!Selain itu batu sungai yang sebesar 2 kali penumbuk pun bagus. Ianya juga berat dan tempoh panasnya lama. Panaskan batu di atas dapur gas dan balut dengan kain batik. Tungku ni biasanya saya buat selepas mandi. Sebelum pakai bengkung. Tengok kesempatan, kalau banyak masa buat la lama, tapi kalau tak cukup masa sebab tiada orang bantu semasa berpantang, buat sekejap pun dah ok.
KOSNYA SEKITAR: RM30 TUNGKU ELEKTRIK DAN FREE DENGAN BATU SUNGAI

KETUJUH: URUT

Jangan lupa urut untuk 3 hari berturut-turut
KOSNYA SEKITAR RM 100-300

KELAPAN: MANDI REMPAH

Biasanya di buat oleh bidan urut. kosnya termasuk dengan urut sekali.
Beli macam-macam produk tapi tak guna pun buat apa kan?
Biasanya kesemua ini akan habis licin tidak berbaki selapas satu bulan penggunaan. Kalau rasa tak cukup boleh pergi kedai beli lagi.

SELEBIHNYA IKUT INDIVIDU nak tambah jamu kocok ke, rempah yang direbus ke ,air kunyit ke.... pastikan korang gunakan sampai habis!
Ok tu sahaja tips persediaan berpantang yang paling smart, jimat dan best!!!
Kepada bakal-bakal ibu selamat berpantang!


EmoticonEmoticon