Monday, November 6, 2017

AKU TAK SUKA KERJA AKU SEKARANG !!!!!!

Tags


 




Terutama pada orang yang makan gaji selalu saja terdengar keluhan seperti

"Stressnya dengan bos aku tu..."

"Adoiiii banyaknya task yang kena disiapkan...."

"Kenapa la si Abu tu naik pangkat walaupun tak perform kerja...."

"Gaji bos besar, tapi kerja goyang kaki.. aku pula..."

Dan hidup pun menjadi down... murung dan sedih. Kadang-kadang ada terfikir kalau tak sebab menyara keluarga memang dah lama angkat kaki.....

Mengapa ya hal ini berlaku? Dulu masa di Universiti ambil couse kejuruteraan, so bila dapat kerja sebagai seorang jurutera maknanya itu adalah pilihan sendiri.

Monolog seperti ini mungkin ada berlegar-legar difikiran kita

"Siapa suruh kau ambil course kejuruteraan jikalau sebenarnya kau minat menjahit baju ?"

"Keputusan SPM aku cemerlang so aku ambil la kejuruteraan takkan nak ambil course jahitan kat giat mara kot!!!"

"Oooo kejuruteraan kau tu grand sangat lah yea?
Lepas belajar kau terpaksa terhegeh-hegeh ke sana sini mencari kerja yang gajinya pun boleh setanding dengan orang jahit baju!!!!!!
Jangan sentap lagi.......
Jahit baju kau boleh buat di rumah pulak tu jimat duit nak beli kereta dan travel ke tempat kerja setiap hari......
Kalau kau terror sikit boleh bukak butik.....
Masa pulak kau yang plan bukannya mesti masuk pukul 8 dan bali pukul 5. Anak sakit pun boleh jaga..
Takde siapa control kau menlainkan customer kau laaa"

"Tapi aku nak juga ada degree dalam bidang professional!!!!!
Kau tau kan Doktor, engineer, akauntan, saintis tu semua bidang  profeesional
Kalau aku ada degree dalam bidang tersebut orang akan nilai aku lebih bernilai!!!
Kalau nak ngorat awek pun  adalah value sikit.. hihihi
Yela... kalau nak menilai orang yang pertama kali kenal manalah mereka akan tau aku genius atau tidak, bagus atau tidak melainkan aku tunjuk kertas-kertas professional aku tu"

"Ya tu aku setuju!!!!!
Kalau kau nak sangat ada degree dalam kejuruteraan dan minat menjahit,
Why not lepas kau dapat degree kau ambil course menjahit pulak....
Lepas tu kau tepeklah degree kejuruteraan kau tu kat kedai jahit kau tu....
Kau pun bangga dengan degree kau dan dalam masa yang sama kau buat kerja yang kau  suka"

Ermmmmmmmmmm

 


 TIPS HIDUP GEMBIRA

"JUAL APA YANG KITA SUKA, BELI APA YANG KITA TIDAK SUKA"

Maknanya

Cari pendapatan melalui aktiviti yang kita suka dan bayar untuk aktiviti yang kita tak suka
Contohnya kita suka menulis tetapi tidak suka memasak. So usahakan sehabis baik untuk mendapatkan pendapatan lumayan melalui menulis dan bila anda lapar beli sahaja makanan di restoran!


EmoticonEmoticon